Assalamualaikum...
Hari ni aku nak cerita tentang jiwa yang hilang.. WAH... DAHSYAT kan.. cuba anda semua bayangkan jiwa anda telah hilang... Pasti anda bagaikan hilang arah..
Pada kak ini saya akan berkongsi pengalaman saya tentang jiwa yang hilang.. HILANG??? BAGAIMANA???
Buat masa sekarang.. jiwa saya telah hilang.. Hilang untuk belajar.. KENAPA??? saya pun tidak tahu mengapa... MUngkin kerana saye dihalang daripada buat benda yang saya suka dan minat...
HMmm... Apa yang saya suka??? Apa yang saya minat???
Saya minat dan suka silat.. Jadik bila silat ad buat aktiviti.. saya nak join.. bila ahli-ahli silat ajak keluar dan lepak.. saya pun nak join...
Tapi apkan daya.. saya terpaksa membataskan pergerakkan dan aktiviti di dalam persatuan kerana nasihat daripada keluarga supaya lebih mengutamakan pelajaran daripada silat...
Lepak di dalam silat bukanlah lepak biasa atau membuang masa.. Semasa lepak kami akan berkongsi pengalaman masing- masing sepanjang di dalam persatuan.. kami juga dapat mengetahui ilmu-ilmu yang di luar mata pelajaran dalam kelas.. kami juga akan berbincang bagaimana untuk memperbaiki persatuan kami...
Tapi..bila saya di halang membuat sesuatu yang saya minat.. saya rasa sebahagian jiwa saya sudah hilang di mamah masa.. Hendak membantah, ini nasihat keluarga.. Terutamanya daripada ibu dan bapa.. Bukanlah tidak boleh untuk buat aktiviti silat tetapi perlu dikurangkan...
Saya bukan tidak mahu.. tetapi semenjak menyertai silat.. saya telah mula mengenal agama islam yang sebenar.. saya juga dapat mengenali diri saya.. Di samping itu, saya juga lebih menghargai ibu bapa dan keluarga saya dengan lebih baik lagi.. Selain itu, saya juga belajar untuk menghargai dan menghormati guru dan rakan-rakan saya. Jika saya tinggalkan silat.. sepertinya saye seperti kacang lupakan kulit.. habis madu sepah dibuang..
Hal ini kerana, banyak benda saya belajar semasa menyertai persatuan silat ini.. Masakan begitu mudah saya untuk tinggalkan persatuan ini...
Bila separuh daripada jiwa saya hilang.. saya seperti tidak bersemangat untuk buat benda lain.. ya.. saya tahu ibu bapa kita hantar anak-anak mereka ke ipt adalah untuk belajar.. Tetapi tidakkah mereka tahu belajar silat juga merupakan satu pembelajaran..
Saya lebih mengenali dunia apabila menyertai silat.. Tetapi ini semua adalah rezeki daripada Allah.. Ada yang menyertai silat hanya dapat persilatannye sahaja tetapi tidak dapat fahami dan dalami ilmu yang ingin disampaikan melalui silat tersebut.
Contohnya.. silat mengajar pengamalnya berani dan tidak takut selain daripada Allah... jika kita takutkan selain daripada Allah kita sudah menduakan Allah dan ini digelar syirik... Selain itu.. pengamal silat juga diajar untuk menghormati guru.. Bukan sahaja guru silat tetapi orang yang memberi ilmu. tidak kira ilmu itu sedikit atau banyak. Banyak lagi perkara yang ingin disampaikan di dalam silat.. paling penting silat telah mengajar saya agar menjaga hati.. Kita harus menjaga hati dan tidak cemburu dengan kelebihan ahli- ahli lain.
Mungkin juga kerana saya telah menetapkan matlamat hidup saya adalah untuk menikmati setiap ibadah yang saya lakukan kerana Allah. Silat juga merupkan sebuah jalan pejuangan untuk menarik umat islam agar mengenali islam yang sebenar.
Mungkin ramai yang tidak sedar.. Setiap seni mempertahankan diri itu membawa ideologi atau fahaman agama masing- masing. Begitu juga dengan silat. Tetapi masyarakat sering memandang silat ini perkara yang tahyul dan khurafat... Tetapi perlu apabila kita menyertai seni bila diri selain silat.. kita juga mungkin melakukan perkara tahyul dan khurafat atau lebih teruk lagi keran kita telah melakukan upacara agama lain.. tidaklah semua jenis silat itu khurafat dan syirik. Ada sesetengah silat itu tidak syirik dan khurafat pada awalnya tetapi kerana kerana sifat alpa.. manusia telah terpengaruh dan memesongkan ilmu tersebut.
Haha... dah cerita tentang silat pula..
Baiklah.. semoga kita bertemu di artikel yang lain..